Input your search keywords and press Enter.

JIM Johor Aktifkan Kaunter Secara Maksimum

M Update, 08/03/2024 – Jabatan Imigresen Johor (Imigresen Johor) mengaktifkan kaunter manual secara maksimum, bagi membolehkan pemeriksaan di Zon Pemeriksaan Motosikal dilakukan secara manual di dua pintu masuk utama iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah.

Bagi mengatasi masalah kesesakan di zon pemeriksaan motosikal di BSI, sebanyak 50 kaunter laluan masuk dengan sebanyak 39 kaunter manual dibuka, manakala 11 adalah kaunter M-Bike.

Bagi zon pemeriksaan keluar juga sebanyak 50 kaunter yang boleh beroperasi termasuk 14 adalah kaunter M-Bike dan selebihnya adalah kaunter manual.

Jabatan Imigresen Johor dan syarikat pengendali baru yang dilantik sentiasa berusaha keras bagi memastikan sistem M-Bike dapat pulih seperti sediakala.

Sehingga kini keadaan trafik adalah terkawal dan pihaknya sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan sistem daripada berulang.

Orang ramai disarankan melayari media sosial rasmi JIM Johor bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar keadaan trafik di kedua- dua pintu masuk.