Input your search keywords and press Enter.

ETS Tambahan Untuk Perayaan

M Update, 08/03/2024 – Kementerian Pengangkutan akan menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Inisiatif tambahan ETS ini turut akan diteruskan bagi sambutan perayaan lain bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman.

Perkhidmatan ETS ketika ini menyediakan sebanyak 32 perkhidmatan sehari termasuk 10 perkhidmatan ETS laluan dari dan ke Padang Besar.

Untuk memenuhi permintaan yang baik daripada penumpang ETS, Kementerian Pengangkutan telah membuat perolehan 10 set tren elektrik enam koc baharu.

Ia sebagai tambahan kepada 24 set tren elektrik yang kini digunakan untuk operasi perkhidmatan ETS.