Input your search keywords and press Enter.

Lawatan PM Ke Jerman Kukuh Hubungan 2 Hala Putrajaya & Berlin

M Update, 12/03/2024 – Lawatan Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman yang bermula 10 hingga 15 Mac 2024 ini dijangka terus memperkukuh hubungan dua hala, kerjasama antara Putrajaya dan Berlin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin, Jerman.

Kedua-dua pemimpin membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar, eksport minyak sawit dan kelestarian serta bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan di Palestin selain isu global yang mempunyai kepentingan bersama.

Menerusi pertemuan ini Malaysia berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.