Input your search keywords and press Enter.

‘Geng Centro’ Warga Asing Tumpas!

M Update, 13/03/2024 – Tiga penjenayah warga asing dikenali sebagai anggota ‘Geng Centro’ yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah masuk kedai emas melibatkan jumlah kerugian lebih RM4 juta ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di KM 17 Jalan Pekan – Kuantan Bypass semalam.

Dua lelaki warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh masing-masing berusia 36, 44 dan 38 tahun itu ditemukan maut di dalam kenderaan jenis Proton Waja, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu.

Di awal kejadian sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Pahang telah mengesan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang, Pekan – Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman