M Update, 14/03/2024 – Kerajaan sudah merangka draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Digital 2023, bagi menggerakkan inisiatif penggubalan undang-undang itu pada kadar segera.
Ini sebagai persediaan perkara yang diramal timbul seiring dengan perkembangan teknologi. Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju akan terus berkembang, maka kita sewajarnya membuat persiapan dari sekarang supaya kita dapat berada setapak di hadapan dalam perkara ini.
Pada Jun 2023 yang lalu, Anwar dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat supaya RUU Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.