Input your search keywords and press Enter.

Ibu Oh Ibu

M Update, 14/03/2024 – Seorang ibu menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine, bulan lepas.

Suri rumah berumur 34 tahun itu menukar pengakuannya ketika kes disebut semula di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Sepatutnya semalam ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 28 Februari 2024 lepas.

Sementara itu suaminya peniaga air balang yang berumur 40 tahun turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan sama selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semalam.