Input your search keywords and press Enter.

Kes Anggota Tentera Dipukul Penyelia Selesai

M Update, 14/03/2024 – Kes anggota tentera yang mendakwa dipukul penyelia dalam kejadian di Kem Rasah, Seremban baru-baru ini, sudah diselesaikan apabila mangsa dan pelaku bersepakat menarik balik laporan polis masing-masing.

Kes itu telah diselesaikan di peringkat pasukan ATM yang terlibat – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan

Terdapat perselisihan faham dan apa yang dinyatakan dalam laporan sebelum ini sebenarnya tidak tepat. Namun perkara ini telah diselesaikan di pihak bukan sahaja mangsa, malah membabitkan anggota keluarga dan diselesaikan secara baik.

Tentera Darat Malaysia dan ATM memandang serius sebarang salah laku yang membabitkan kes penderaan dan akan menyiasat serta mengambil tindakan keras sekiranya disahkan terjadi.

Apa jua perselisihan dan sebagainya jangan kita terus mengambil keputusan untuk melapor polis kerana TDM ada sistem, peraturan dan perundangan sendiri – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan