Input your search keywords and press Enter.

JAKIM Tak Iktiraf Pakej Perkahwinan Di Thailand

M Update, 14/03/2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah memberi sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, seperti yang diiklankan di media sosial. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan peranan JAKIM dalam memastikan masyarakat Islam mematuhi hukum dan undang-undang.

Contohnya kalau kahwin poligami dilakukan di Thailand ikut pakej, jadi status perkahwinan itu mungkin diragui sama ada sah atau tidak.

“Betul, peraturan dalam undang-undang membenarkan pasangan yang nikah di Thailand, apabila mereka balik semula perlu daftarkan ke dalam negara (pejabat agama)…tetapi harus diingat, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 12 (2) yang dibaca bersama Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Terdapat beberapa pihak tidak bertanggung jawab mengiklankan di Facebook pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, dengan meletakkan di dalam iklan tersebut antaranya ‘diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia’ – Ini adalah PALSU.

Mengikut kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan penjara  tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.