Input your search keywords and press Enter.

Harga Ayam Tak Lebih Harga Siling

M Update, 14/03/2024 – Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung selama empat bulan sejak November 2023 adalah stabil – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 ialah RM5.85 per kilogram (/kg), Disember 2023 ialah RM6.39/kg, Januari 2024 RM6.13/kg dan Februari 2024 RM6.03/kg.

Walaupun harga ayam ada sedikit naik namun ianya tidak melebihi paras siling yang telah ditetapkan.