Input your search keywords and press Enter.

Isu Stokin KK Mart Biar JAKIM Buat Siasatan

M Update, 18/03/2024 – Kecoh 2, 3 hari ini berkenaan isu kedai serbaneka KK Mart menjual stokin yang bercopkan Kalimah Allah. Semua diminta bertenang.

Semua umat Islam di negara ini diminta bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menyiasat isu penjualan stokin tertera kalimah Allah di KK Mart.

Pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu. 

Memang sangat sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ketika ini bulan Ramadan, perkara ini tidak boleh dibiarkan.

Allah ini satu kalimah yang sangat tinggi di mata orang Islam. Allah adalah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan.

JAKIM telahpun diarah memanggil wakil pengurusan syarikat KK Mart walaupun permohonan maaf telah dibuat. Ini adalah untuk berbincang dan membantu siasatan bagi memastikan insiden khianat sedemikian tidak berulang lagi.