Input your search keywords and press Enter.

Perolehan Kedua 3 LMS Dimuktamadkan Tahun Ini

M Update, 18/03/2024 – Kementerian Pertahanan menjangkakan perolehan kumpulan kedua bagi tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat dimuktamadkan pada tahun ini. Pembinaan LMS dijangka akan mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.

KEMENTAH akan terus memberikan fokus terhadap proses pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) dengan satu daripadanya dijangka akan menjalani ujian pemasangan sistem dan peralatan iaitu Harbour Acceptance Test serta Sea Acceptance Trial pada November 2024 ini.