Input your search keywords and press Enter.

Pemulihan Banduan Dalam Komuniti Lebih Berkesan

M Update, 21/02/2024 – Kadar keberkesanan pemulihan banduan atau dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti. Sebab itulah pemulihan prospek dalam komuniti diteruskan kerana ia memberi kesan positif kepada mereka.

Kadar residivis untuk prospek pemulihan dalam komuniti adalah sebanyak 17.6% manakala mereka yang menjalani pemulihan dalam fasiliti hanya merekodkan kadar residivis sebanyak 0.24% sahaja.

Ketika ini seramai 4,120 prospek atau 4.94 peratus daripada keseluruhan (80,000 banduan) yang berada dalam penjara sedang mengikuti pemulihan dalam komuniti melibatkan pelbagai program antaranya Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL), perintah kehadiran wajib, parol dan rumah perantaraan.

Program berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) selain Program Bubur Lambuk Perdana 2024 yang disertai prospek parol dan orang bebas berlesen.

Terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah memberi sokongan kepada pihaknya melalui Program Smart Internship (CSI) dalam memantapkan program pemulihan dalam komuniti.