Input your search keywords and press Enter.

Tahniah Prabowo!

M Update, 21/03/2024 – Tahniah kepada Presiden Indonesia baharu Prabowo Subianto yang diumumkan semalam sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024.

Kita yakin Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan berterusan dan kemakmuran Indonesia.

Perdana Menteri, DS ANwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai. 

Kemenangan Prabowo cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga dekat serta penting. 

PM Anwar Ibrahim dan Prabowo bertekad memperkukuh hubungan dua hala mencakupi pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutama dalam ruang lingkup ASEAN.

Hasil rumusan KPU menunjukkan Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah manakala dua lagi wilayah dimenangi pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar.