M Update, 26/03/2024 – Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 80.28% setakat bulan lalu.
Ini menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mencatat peratusan kemajuan projek tertinggi di antara empat negeri yang terbabit dengan projek ECRL yang turut membabitkan Kelantan, Pahang dan Selangor.
Proses pengambilan tanah untuk laluan utama ECRL di Terengganu sudah selesai sepenuhnya, manakala kerja-kerja pemasangan landasan pula dijangka siap hujung tahun ini.
Sebahagian besar kerja-kerja infrastruktur di Terengganu sudah diselesaikan dan baki projek kira-kira 20 peratus di Terengganu membabitkan kerja-kerja elektrifikasi, sistem dan sebagainya.
Jajaran ECRL di Terengganu membabitkan pembinaan enam stesen dengan Stesen Jerteh di Besut, Bandar Permaisuri di Setiu, Kuala Terengganu dan Kemasik di Kemaman akan berfungsi sebagai stesen penumpang, manakala Stesen Dungun dan Chukai di Kemaman pula untuk tujuan penumpang serta kargo.
Pengoperasian ECRL akan menjimatkan masa perjalanan dan dapat menghubungkan Kuala Terengganu dengan Terminal Bersepadu Gombak dalam masa tiga jam,