Input your search keywords and press Enter.

Jambatan Utama Di Baltimore, AS Runtuh

M Update, 27/03/2024 – Sebuah jambatan utama di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kargo Singapura, kira-kira jam 1.30 pagi semalam mengakibatkan sejumlah kenderaan jatuh ke dalam sungai.

Runtuhan melibatkan sebahagian besar 2.6 kilometer Jambatan Francis Scott Key yang merentasi Sungai Patapso.

Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat – 7 lagi pekerja pembinaan dan 3 ke 4 buah kenderaan awam masih hilang susulan runtuhan Jambatan Francis Scott Key

Kapal kargo tersebut dalam perjalanan menuju ke Sri Lanka. Semua kru kapal disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan. Pelabuhan Baltimore ditutup sementara.

Jambatan Francis Scott Key yang dibina pada tahun 1977 adalah jambatan utama menghubungkan Hub Pelabuhan Baltimore