Input your search keywords and press Enter.

STAM 2023 Catat Peningkatan

M Update, 27/03/2024 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 mencatat pencapaian memberangsangkan dengan Gred Purata Nasional (GPN) menurun kepada 3.09 berbanding 3.13 pada tahun sebelumnya.

Indeks GPN merujuk kepada pencapaian calon dalam semua mata pelajaran dengan julat antara satu hingga lima dengan nilai GPN menghampiri satu menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

Sebanyak 4,058 calon berdaftar untuk STAM 2023 merangkumi 1,294 calon sekolah KPM; sekolah menengah agama negeri (1,570 orang); sekolah menengah agama rakyat (244 orang); sekolah menengah swasta (33 orang) dan calon persendirian (917 orang).