Input your search keywords and press Enter.

Pembenihan Awan Di Sabah Kurangkan Kemarau

M Update, 27/03/2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan yang terjejas akibat kemarau di Sabah, esok.

OPA itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ini ialah satu ikhtiar untuk mengurangkan kesan kemarau dan juga kekurangan air di beberapa kawasan terbabit.

OPA ini akan dibuat sekitar jam 11 pagi hingga jam 2 petang, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Daerah Beaufort dan Kota Belud di Sabah antara kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.