Input your search keywords and press Enter.

Guna QR Code Bayar Zakat

M Update, 27/03/2024 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan umat Islam membayar zakat fitrah menggunakan aplikasi kod QR bagi menggantikan buku resit yang diguna pakai sebelum ini.

Melalui sistem itu, amil tidak perlu menggunakan buku resit fizikal, sebaliknya hanya merekodkan hasil kutipan zakat terus ke dalam sistem.

Namun, amalan membayar zakat menggunakan kaedah lama secara bayaran tunai kepada amil tetap diteruskan bagi memudahkan mereka yang tidak mahir dengan teknologi kod QR.

Walaupun MAIDAM menggalakkan pembayaran zakat fitrah menggunakan aplikasi kod QR, buku resit tetap dibekalkan kepada amil bagi mereka yang mahu membayar zakat secara bersemuka dan tunai.

Setakat ini, sambutan diberikan pembayar melalui penggunaan kod QR amat mengalakkan.

Sumber : BH