M Update, 29/03/2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun selesai menjalankan siasatan berhubung kes itu dan pelakunya juga sudah dibawa ke muka pengadilan. PDRM sudah pun mengambil tindakan sewajarnya, justeru masyarakat tidak perlu melangkaui undang-undang dengan mengambil tindakan sendiri.
Diharapkan tidak ada lagi pihak yang mengambil tindakan menyalahi undang-undang dan memperbesarkan lagi isu berhubung kes stoking tertera kalimah Allah – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Kita mempunyai undang-undang dan semua perlu mematuhi undang-undang itu walaupun isu berkenaan menimbulkan rasa marah umat Islam di negara ini.
Diharapkan semua pihak berhenti memainkan isu-isu membabitkan ketegangan agama dan kaum termasuk di media sosial.
PDRM sedang memantau semua platform media sosial untuk mengesan sebarang hantaran berkaitan isu ini yang boleh membangkitkan marah di antara kaum dan agama. Perkara sedemikian memang dipantau di setiap media sosial.