Input your search keywords and press Enter.

Jangan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

M Update, 02/04/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya kecurangan yang berlaku seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak mencacatkan imej penjawat awam.

PM bagaimanapun menghargai langkah segera Ketua Pengarah JKDM yang berani mengambil tindakan ke atas isu menyelubungi jabatannya.

“Tahniah kepada Ketua Pengarah Kastam, sebab dia tidak melihat dari segi negatif, terus ambil tindakan, tukar, ambil tindakan disiplin dan sebagainya” – Anwar Ibrahim

Jadi jangan biarkan sekelumit ini mencacatkan imej perkhidmatan awam yang lain.