Input your search keywords and press Enter.

SPRM Perlu Perangi Rasuah Habis-Habisan

M Update, 01/04/2024 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menumpukan usaha memerangi rasuah secara habis-habisan di negara ini.

YDPA menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahannya.

Pada 19 Mac lalu, Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar selepas tempoh ‘bulan madu’ tamat apabila genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara.

Ketika itu, Seri Paduka menegaskan yang baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara. Tamat sudah waktu “Honeymoon”.