Input your search keywords and press Enter.

Op Pagar Laut – 63 Tangkapan & RM5 Juta Rampasan

M Update, 02/04/2024 – Setakat ini sebanyak 63 tangkapan telah dibuat melibatkan jumlah rampasan bernilai RM5 juta sejak operasi Op Pagar Laut dilancarkan pada 12 Mac 2024.

Pelbagai pelanggaran undang-undang turut direkodkan melibatkan kesalahan menyeludup minyak masak, gas ataupun barangan kontraban seperti rokok tanpa cukai selain menangkap hasil laut secara haram – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Op Khas Pagar Laut yang berlangsung hingga 30 April 2024 ni dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di seluruh kawasan perairan negara sempena Ramadan dan Aidilfitri.