Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri – Tiada Sambutan Di Seri Perdana

M Update, 02/04/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri.

Kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat, dan beliau mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Beliau menggesa setiap agensi dan kementerian, terutama sekali Kementerian Kewangan agar tidak bermegah dalam mengadakan majlis sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.