Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri – Kerja-Kerja Selenggara Lebuhraya Dihentikan

M Update, 03/04/2024 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April 2024 kecuali untuk kerja-kerja kecemasan sahaja.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik lebih lancar pada sambutan Aidilfitri nanti.

Pengguna lebuh raya dijangka akan meningkat susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April 2024.

Rancang perjalanan anda sebaiknya. Pandulah secara berhemah.