Input your search keywords and press Enter.

Gempa Taiwan – Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 04/04/2024 – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi semalam – Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Namun, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. 

Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik. 

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, di tingkat 8, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, no telefon: +886 2 2713 2626 atau e-mel mwtaipei@kln.gov.my.