Input your search keywords and press Enter.

Lawatan Prabowo Ke Malaysia

M Update, 04/04/2024 – Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto tiba di Kuala Lumpur malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Prabowo dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur.