Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Kutuk Serangan Udara Israel

M Update, 04/04/2024 – Malaysia mengutuk sekerasnya serangan udara Israel yang menyebabkan kematian tujuh pekerja bantuan dari badan amal World Central Kitchen (WCK) di Gaza.

Kita melalui Wisma Putra menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, serta pemimpin kerajaan negara yang berduka atas kehilangan rakyatnya dalam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Mangsa yang terkorban termasuk tiga warga Britain, seorang warga Poland, seorang warga Australia, seorang Palestin dan seorang yang memegang dwi-kewarganegaraan Amerika Syarikat-Kanada.

Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak-hak mereka untuk berdiri sendiri, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai ahli anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).