Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri – Laluan Kontra CIQ BSI, KSAB Akan Diaktifkan

M Update, 05/04/2024 – Laluan kontra di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri sedia diaktifkan sekiranya kesesakan berlaku di kedua-dua pintu masuk laluan darat Malaysia-Singapura Aidilfitri ini.

Tambahan 10 kaunter kontra manual dan 6 kaunter kontra auto akan diaktifkan di laluan dewan bas BSI, manakala di KSAB melibatkan penambahan 12 kaunter di zon kereta dan 12 kaunter hybrid bagi laluan motosikal. Kesemua kaunter berkenaan akan diaktifkan mengikut kesesuaian aliran trafik dari semasa ke semasa.

JIM Johor akan berkongsi maklumat aliran trafik dan keadaan semasa di dua pintu masuk utama itu menerusi media sosial rasmi jabatan dari semasa ke semasa sepanjang musim perayaan ini.

Kesemua kaunter laluan pemeriksaan imigresen di BSI dan KSAB yang berfungsi akan dibuka secara optimum.