Input your search keywords and press Enter.

Bas Ekspres Wajib Ada Pemandu Kedua

M Update, 05/04/2024 – Syarikat bas ekspres wajib menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km) bagi menjamin keselamatan penumpang.

Peraturan itu turut diwajibkan bagi tempoh perjalanan melebihi empat jam dalam memastikan pemandu mendapat rehat secukupnya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan, terutama kemalangan maut.

Peraturan menetapkan bahawa dua pemandu diperlukan semasa memulakan perjalanan.

Kegagalan menyediakan pemandu kedua adalah satu kesalahan dan mana-mana syarikat yang didapati ingkar, tindakan akan diambil dengan melarang mereka daripada memulakan perjalanan sehingga peraturan itu dipatuhi.

Sepanjang tempoh operasi bermula 1 hingga 4 April 2024 sebanyak 121 bas telah diperiksa dengan lima diambil tindakan kerana gagal menyediakan pemandu kedua.