Input your search keywords and press Enter.

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Musim Haji 2024

M Update, 15/04/2024 – Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin susulan perkembangan terbaru serangan balas Iran terhadap Israel.

Setakat ini, Tabung Haji (TH) masih meneruskan persiapan bagi musim haji 2024 seperti dirancang. Semua pihak dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel.