Input your search keywords and press Enter.

Banjir Melaka – 51 Orang Dipindahkan

M Update, 17/04/2024 – Banjir kilat yang melanda Alor Gajah selepas hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), dibuka bagi menempatkan 51 mangsa setakat 8 pagi tadi.

Mangsa terlibat terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah itu, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai yang dibuka pada 9 malam semalam.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pelan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal dan Kampung Brisu.