Input your search keywords and press Enter.

El Nino – Buat Aduan Jika Ada Aktiviti Luar

M Update, 17/06/2024 – Ibu bapa digalak membuat aduan sekiranya ada sekolah yang menganjurkan program atau aktiviti luar bilik darjah meskipun cuaca melebihi 35 darjah Celsius – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan pihaknya menyantuni dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

KPM telahpun mengeluarkan garis panduan berkaitan cuaca panas yang wajib dipatuhi oleh semua pihak sepanjang masa.

KPM telah menetapkan garis panduan berkaitan cuaca panas termasuk tiada sebarang aktiviti luar bilik darjah dilakukan apabila suhu mencecah 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah di seluruh negara mempunyai kuasa autonomi untuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah termasuk merentas desa serta sukan jika suhu melebihi 35 darjah Celsius.