Input your search keywords and press Enter.

Pelantikan Guru Baru Bukti Komitmen Kerajaan MADANI

M Update, 17/04/2024 – Seramai 6,034 orang guru baru Lantikan Secara Kontrak (COS) akan ditempatkan di sekolah KPM seluruh negara bermula 15 April 2024.

Daripada 6,034 itu, seramai 1,858 guru baharu COS akan ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.

Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

Pelantikan guru baru Secara Kontrak ini bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI tingkat kualiti pendidikan negara.