Input your search keywords and press Enter.

Projek SASaR ATM Siap Tahun Depan

M Update, 17/04/2024 – Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65%. Projek ini melibatkan 3,500 unit rumah dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.

Status terkini kemajuan projek perumahan itu adalah 21 hari lebih awal berbanding jadual asal.

Selain projek SASaR di Sungai Besi, projek SASaR lain ialah Kem Wardieburn dan Setapak yang merupakan projek rintis Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan setiap anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pekerja awam kementerian itu dapat memiliki rumah sendiri, selaras dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 di bawah Teras 3 iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

Pelaksanaan projek SASaR di Kem Wardieburn dan Setapak dijangka bermula tiga bulan lagi.

Pelaksanaan projek SASaR adalah sebagai satu projek rintis yang digunakan untuk melihat pelaksanaan dan kejayaan sebelum merancang (pembinaan rumah SASaR) diperluas di tempat lain di seluruh negara.

Projek SASaR Wardieburn menyediakan 974 unit pangsapuri manakala projek SASaR Setapak menawarkan 6,400 unit pangsapuri dengan keseluruhan sebanyak 10,874 unit rumah akan dibina melalui tiga projek perumahan tersebut.