Input your search keywords and press Enter.

Mansuh Lesen 24 Jam Kedai Makan

M Update, 25/04/2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperhalusi cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Namun pihak KKM perlu mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh bagi memastikan isu dapat dikaji secara menyeluruh, dengan syor penyelesaian yang mempunyai hala tuju jelas.

Perlu difikirkan juga kumpulan-kumpulan tertentu seperti petugas barisan hadapan dan sebagainya yang bergantung kepada operasi kedai terbabit berdepan kesukaran jika perkhidmatan tersebut dihentikan secara pukal.

Apa-apapun memang terbukti kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.