M Update, 25/04/2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengecualikan pembayaran yuran pengajian anak mangsa nahas 2 helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Yuran ini dikecualikan sehingga tamat belajar.
Selain itu, KPT jjuga akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas yang masih bersekolah yang dikenal pasti.
Semua usaha itu untuk memastikan supaya anak semua mangsa dapat meneruskan pengajian dan pihaknya tidak mahu anak berkenaan berdepan masalah pembelajaran atau usaha melanjutkan pelajaran.