Input your search keywords and press Enter.

Struktur Gaji Baru Penjawat Awam

M Update, 26/04/2024 – Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim akan mengumumkan struktur Gaji Penjawat Awam yang Baru pada 1 Mei 2024 nanti. Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam.

Cadangan penambahbaikan tersebut termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Diharapkan penstrukturan itu nanti menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Terbaru, PM mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

SSPA yang baru itu akan cuba diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.