Input your search keywords and press Enter.

AWAS!! Ini Bom, Jangan Campak!!

M Update, 26/04/2024 – AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM’ – Akibat label perkataan ini pada bungkusan laptop dan kabel, pengirim bukan sahaja disiasat seksyen 506KK kerana ugutan jenayah tapi alatan ini terpaksa dimusnahkan. Barangan mencurigakan ini dikesan di pusat kargo KLIA.

Tindakan Pengesanan menggunakan anjing pengesan K9 didapati TIADA bahan letupan.

Namun begitu, kerana ayat ancaman yang tertulis pada bungkusan tersebut, Unit Pemusnah Bom PDRM telah mengambil tindakan menyelamat mengikut SOP yang ditetapkan – OCPD KLIA