M Update, 29/04/2024 – Malaysia seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech semalam.
Bagi perlawanan semalam, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.
Perseorangan kedua Leong Jun Hao serta dua beregu – Aaron Chia dan Goh Szei Fei – direhatkan manakala ketua pasukan Soh Wooi Yik berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu kedua.
Bagaimanapun, percaturan pemain tidak mengundang sebarang masalah dengan kemenangan mudah.