Input your search keywords and press Enter.

Letupan Bom – Sungai Golok Sepi

M Update, 30/04/2024 – Insiden letupan bom dan berbalas tembakan yang mengakibatkan empat anggota polis cedera di Sungai Golok, Narathiwat yang mengakibatkan empat anggota polis Thailand cedera, menjejaskan pemandu bot yang beroperasi di kawasan sempadan itu.

Terdapat belasan bot tersadai dan Sungai Golok juga sepi tanpa sebarang pergerakan susulan kejadian awal pagi semalam di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok itu dengan kawalan ketat dibuat pasukan keselamatan kedua-dua negara di sebelah Thailand dan negeri ini.

Selepas kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam kelmarin, pergerakan di Sungai Golok tidak dibenarkan ama sekali berkuat kuasa semalam.

Sejak semalam, polis Malaysia dan Thailand mengawal kawasan sempadan. Ada larangan pergerakan pangkalan haram di Sungai Golok, jadi ramai tak berani untuk menyeberang sungai dan lebih 10 bot kini tersadai.

Semalam, pihak berkuasa Thailand dilapor melarang pergerakan keluar masuk dari negara itu ke Kelantan menerusi pangkalan haram sepanjang Sungai Golok susulan insiden berbalas tembakan dan letupan bom yang mengakibatkan empat anggota Balai Polis Sungai Golok cedera.

Larangan itu dikuatkuasakan untuk pasukan keselamatan negara jiran berkenaan mengesan dalang atau suspek kejadian berkenaan.