Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif KPM Atasi Isu Keciciran

M Update, 30/04/2024 – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah.

Inisiatif reformasi pendidikan termasuk Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM. Peluasan kelas prasekolah memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada peringkat awal.

Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru. Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.

KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya. Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak.