Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Piala Thomas 2024

M Update, 03/05/2023 – Beregu lelaki nombor dua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei muncul wira apabila menghadiahkan mata kemenangan untuk membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih mata ketiga untuk menyingkirkan Jepun 3-1 dan menyalakan semula harapan negara untuk menamatkan kemarau 32 tahun kejuaraan. Lebih manis, kemenangan Izzuddin-Sze Fei semalam menyaksikan mereka berjaya menamatkan badi kekalahan di tangan Koga-Saito selepas tewas dalam semua tiga pertemuan sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di separuh akhir ialah pada 2016 di Kunshan dan aksi suku akhir bertemu China pada peringkat kalah mati ketika tumpas 0-3 di Wuhan pada 2012.

Pertembungan Malaysia dengan negara Tembok Besar itu di separuh akhir mengimbau kenangan 1992 apabila skuad negara berjaya mencatat kemenangan 3-2, sebelum menumbangkan Indonesia di final dengan keputusan sama.

Ia adalah kali terakhir Malaysia menikmati kejayaan menjulang trofi berprestij itu sebelum hampir melakukan perkara sama pada 2014 di New Delhi, tetapi tewas 2-3 kepada Jepun.

Tahniah Malaysia! Kami bangga dengan anda semua.