Input your search keywords and press Enter.

Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

M Update, 02/05/2024 – Siti Bainun kekal atas sabitan dan hukuman dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Walaupun setelah tiga tahun berlalu, Bella masih trauma selepas didera dan diabaikan oleh Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim, Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya. Dengan keputusan itu, mahkamah akan mendengar rayuan hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.