Input your search keywords and press Enter.

Faisal Halim Melecur Tahap 4 – FAS

M Update, 07/05/2024 – Kecederaan dialami pemain Skuad Harimau Malaya, Faisal Halim disahkan melecur pada tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya berikutan disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali pada Ahad.

Ini disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar sambil meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan pemain terbaik supaya segera pulih. Beliau juga turut memaklumkan bahawa pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden itu.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik. Berdasarkan penilaian, Faisal akan melalui sekurang-kurangnya lagi dua pembedahan yang akan ditentukan doktor.

Sekarang beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi) sedang dipantau dengan rapi oleh pakar.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera dibeberapa bahagian badan termasuk mukannya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.