Input your search keywords and press Enter.

PM Akan Bertemu Petronas Bincang Projek Saudi Aramco Di Pengerang

M Update, 07/05/2024 – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) minggu ini bagi membincangkan mengenai projek syarikat minyak negara dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Menurut Perdana Menteri, syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu sebelum ini sudah menyatakan komitmen mereka untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang.

Pada Oktober tahun lepas, Anwar dilaporkan berkata bahawa Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.

Saudi Aramco ialah salah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia.

Presiden (Hiliran) Aramco, Mohammed Y Al Qahtani, berkata syarikat itu teruja dengan projek Pengerang dan bersedia untuk bukan hanya mengekalkan operasi, malah potensi mengembangkannya pada masa hadapan.

Komitmen Saudi Aramco untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang akan mengembang tetapi masih terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan dengan Petronas.