Input your search keywords and press Enter.

Kesan Sampingan: Kerajaan Beri Jaminan Rawat Penerima Vaksin Covid-19

Putra Jaya 060818 Minister of Health Dr Dzulkefly Ahmad During MOU Signing Ceremony (pic by : Ismail Che Rus)

M Update, 10/05/2024 – Kerajaan pada hari ini memberi jaminan akan bertanggungjawab merawat penerima vaksin Covid-19 termasuk jenis AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.

Kerajaan juga turut mempunyai kaedah untuk merawat kesan sampingan akibat vaksin berkenaan.

Rakyat tak perlu risau kerana kerajaan memiliki semua data berkaitan dengan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga turut akan bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac, sekiranya turut terbukti menghadapi kesan sampingan.

Susulan daripada penarikan vaksin Astrazeneca baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 berkenaan dalam masa terdekat.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sekiranya ada sesiapa yang ada terbukti ‘evidence base’ yang terkait dengan vaksin AstraZeneca, kita memang punya cara untuk pastikan mereka diberikan bantuan.

 “Kita akan berikan dan pastikan susulan rawatan termasuk berikan segala bantuan dan itu jaminan yang diberikan kerajaan,” katanya.