Input your search keywords and press Enter.

KEPUTUSAN SPM KEKAL 27 MEI 2024

M Update, 10/05/2024 – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan sebelum ini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut menterinya  Fadhlina Sidek, pemilihan tarikh itu tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, sebaliknya ia adalah bagi memastikan pelajar lepasan SPM mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, guru-guru yang sudah merancang untuk bercuti pada tarikh berkenaan boleh meneruskan hasrat mereka malah pihak sekolah boleh menunda majlis sambutan meraikan keputusan pada suatu tarikh akan datang.

Selain itu, keputusan SPM ini boleh diperoleh secara dalam talian atau kiriman pesanan ringkas (SMS) dan mana-mana yang tidak ada akses kepada atas talian dan SMS boleh dapatkan di mana-mana sekolah terdekat.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, sesi libat urus akan diadakan dengan segera untuk memastikan tiada isu berbangkit ketika pengumuman keputusan SPM nanti.

Penetapan tarikh 27 Mei depan kekal bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persediaan cukup untuk permohonan Unit Pusat Universiti (UPU).