Input your search keywords and press Enter.

Pengeluaran Maksimum Akaun Fleksible KWSP RM250 Sehari

M Update, 13/05/2024 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Menurut maklumat yang terdapat di aplikasi KWSP, ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.



Proses e-KYC ini atau proses pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Dalam pada itu, ia turut menjelaskan bahawa pencarum boleh melakukan pindahan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Katanya, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Namun begitu, bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) dan diletakkan di dalam Akaun Fleksibel (akaun 3), mereka boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi i-Akaun.

Bagaimanapun, tidak semua wang dalam simpanan Akaun Sejahtera itu boleh dipindahkan kerana ia tertakluk kepada perkiraan tertentu

Tempoh bagi ahli KWSP yang mahu membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.