Input your search keywords and press Enter.

Tiada Perancangan Wajibkan Kenderaan Pasang ‘Dashcam’ – MOT

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 16/05/2024 – Buat masa ini, tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam‘ atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menggalakkan pemilik kenderaan memasang kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pada kenderaan masing-masing. Anthony Loke berkata, pihaknya menerima banyak cadangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam pada kenderaan.

Beliau berkata, pihaknya perlu mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat sekiranya ia diwajibkan. Selain itu, pihaknya juga menggalakkan kenderaan pengangkutan awam untuk memasang ‘dashcam’.

Ini kerana pemasangan ‘dashcam ini berfungsi serta berperanan sebagai merakam apa juga yang berlaku di jalan raya dan rakaman yang direkodkan boleh dijadikan bahan bukti atas apa juga yang berlaku termasuk kemalangan.

Loke berharap orang ramai dapat menjadi pemandu berhemah, sentiasa peka dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.