Input your search keywords and press Enter.

Enam Lagi Lebuhraya Setuju Laksana Pembayaran Tol Terbuka

M Update, 17/05/2024 – Sebanyak enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September depan, berbanding 12 lebuh raya ketika ini.

Enam lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya Grand Sepadu dan Setiawangsa-Pantai (SPE).

Sebelum ini, pengguna jalan raya terhad dengan hanya menggunakan pembayaran Touch n Go, Smart Tag dan RFID, namun dengan SPT mereka turut diberi pilihan untuk membuat bayaran dengan kad kredit dan debit.

Setakat ini, sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah melaksanakan SPT sejak dilancarkan pada September tahun lalu.

Antaranya Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).